Hantar faks percuma melalui Internet

Posted by Sabrina On Sunday, March 10, 2013 1 comments
Salam semuanya,

Lama dah rasanya saya tak menulis. Pagi ni saya nak share satu pengalaman manis yang melibatkan perkhidmatan faks percuma. 2-3 hari ni saya perlu sangat servis faks utk urusan rasmi. Tak larat rasanya nak berulang-alik ke pejabat pos dan mengepos semua surat-menyurat.

Maka dengan itu, saya pun cuba meng'google' dengan keywords 'free online fax'. Yang paling awal yang saya jumpa ialah web ni, http://www.freepopfax.com

Tanpa membuang masa, saya cuba menghantar surat-menyurat saya melalui khidmat faks online percuma yang disediakan kepada 2-3 jabatan kerajaan berkaitan. Ternyata, faks ini berjaya dihantar kepada semua jabatan tersebut.

Masalahnya, saya tak dapat pastikan sama ada betul2 ke faks tersebut telah dihantar. Fikir punya fikir maka saya baru teringat yang saya boleh cuba menghantar faks kepada Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah tempat di mana saya bekerja sebelum ini. Setelah berjaya mendapat kepastian daripada sistem, saya menelefon Setiausaha Pejabat, Ima dan bertanyakan sama ada beliau menerima atau tidak faks yang telah dihantar oleh saya. Jawapannya, Ya. Wah, ini sudah bagus! Baru berkira2 nak membeli mesin faks sebenarnya... Tak jadilah kalau macam tu :)

Di bawah saya kongsikan status faks yang telah dijana oleh sistem di http://www.freepopfax.com yang telah dihantar ke mailbox saya. Sebenarnya, ada banyak lagi perkhidmatan faks percuma yang disediakan secara online untuk suatu tempoh tertentu. Jika anda rajin, google lah yerrr...

Selamat mencuba!



1 comments to Hantar faks percuma melalui Internet

  1. says:

    poji kalau fax kita tu nanti pihak sebelah sana reply balik dengan fax juga, macamana kita nak terima pula?

    terima kasih
    poji@rocketmail.com

Post a Comment