
Adakah anda pengguna tegar perkhidmatan bas ekspress negara? Bukan kerana anda tiada kenderaan sendiri, tetapi anda lebih selesa jika orang lain yang memandu anda ke destinasi yang ingin dituju. Jika jawapan anda adalah YA, maka percayalah bahawa ini adalah artikel terbaik untuk anda :).
Sebagai penjawat awam, acapkali saya diminta untuk menjalankan tugas di luar kawasan sama ada untuk menghadiri mesyuarat atau pun mengikuti kursus. Bukan tidak mahu membawa kenderaan sendiri, cuma belum larat rasanya nak memandu sehingga lewat malam apatah lagi bagi destinasi yang mengambil masa di antara 4 hingga 5 jam ke atas. Selain itu, kadang-kadang anda berkemungkinan berhadapan dengan kekangan kewangan di pejabat anda. Maka, satu-satunya pilihan yang ada ialah menaiki bas ekspress di sekitar kawasan anda.
Di sini, saya ingin berkongsi tentang bas ekspress terbaik yang anda boleh pilih agar perjalanan anda menjadi tidak begitu panjang dan membosankan. Berikut adalah antara bas-bas yang tidak pernah menghampakan saya di sepanjang perjalanan. Maksud menghampakan di sini ialah tidak berhenti di tempat-tempat yang tidak sepatutnya dan komited kepada masa perjalanan. Antara bas-bas terbaik yang anda boleh pilih (mengikut pengalaman saya sahaja) adalah seperti berikut:
- Mara Liner
- Transnasional
- Plusliner
- Utama Ekspress
Keempat-empat jenis bas ini pada saya sentiasa menepati ciri-ciri perjalanan yang saya ingini iaitu:
- Bergerak apabila tiba waktunya walaupun bas tidak penuh - sesetengah bas masih juga mencari penumpang sehingga mengabaikan penumpang lain yang menunggu lama dalam bas. Tak suka, tak suka....
- Tidak berhenti di hentian mengikut sesuka hati pemandu - Sesetengah pemandu bas ikut suka hati mereka sahaja untuk berhenti dan menunggu penumpang atau untuk lain-lain tujuan.
- Tiba ke destinasi dalam jangka waktu yang dijanjikan dan jika lewat pun, tidak terlalu lewat dari waktu yang dijanjikan - sesetengah bas, kalau bertolak malam.... tengahari baru sampai huaaaaa...
Ini hanya pengalaman saya sahaja. Jika ada lagi perkhidmatan bas ekspress yang memenuhi ciri-ciri di atas, bolehlah sama-sama kita berkongsi :).
0 comments to Bas ekspress mana yang paling bagus???