4 jenis cinta untuk kita pilih...

Posted by Sabrina On Tuesday, August 24, 2010 0 comments
Salam,

Dah lama rasanya saya tidak menjenguk blog sharing ni. Kesibukan yang menggila menjadikan saya tak berkesempatan langsung untuk menulis. Sebenarnya bukan tak ada masa, tapi tidak meluangkan masa.

Menyebut tentang masa, kadang-kadang kita selalu berkata "tak cukup masa lah", "tak de masa nak buat", "tak sempat nak hadir... kesuntukan masa" dan sebagainya. Bagi saya secara peribadi, masa itu sentiasa tidak akan ada sehinggalah kita sendiri yang memperuntukkan masa tersebut untuk sesuatu tujuan.

Bercakap tentang masa juga, Ramadhan adalah masa yang terbaik untuk mengejar bonus berlipat kali ganda yang disediakan Allah kepada para hamba-Nya. Tika ini, kita dapat melihat masjid-masjid penuh dengan para makmum untuk mengerjakan solat Teraweh. Alangkah indahnya jika solat fardhu juga mendapat sambutan yang sebegitu. Itu antara intipati yang saya kutip ketika mendengar tazkirah oleh Ustaz Mohd Nazimi tadi di Pusat Islam PTSB (tazkirah diberikan selepas 4 rakaat Teraweh).

Dah lama rasanya saya tidak mendengar tazkirah yang begitu melekat di hati. Yang paling menarik ialah tentang kisah 4 jenis Cinta yang telah dinukilkan di dalam Al Quran Kareem iaitu:

1. Kisah cinta Nabi Nuh dan isterinya
2. Kisah cinta Asiah dan Firaun
3. Kisah cinta Abu Lahab dan isterinya
4. Kisah cinta Rasulullah SAW dan para isterinya

Kisah cinta pertama, membawa Nabi Nuh ke syurga dan isterinya ke neraka. Manakala kisah cinta kedua membawa Asiah ke syurga dan suaminya ke neraka. Kisah cinta ketiga pula membawa kedua-duanya ke neraka dan kisah cinta Rasulullah SAW bersama para isterinya membawa semuanya ke syurga.

Semuanya tercatat dalam Al Quran jika kita mahu mentadabbur isinya. Terserah kita untuk memilih cinta yang sejati dan abadi.

Selepas ini, bila kita mengunjungi majlis perkahwinan sahabat, biasakanlah diri mengucapkan "Semoga kekal bersama hingga ke syurga". Hmmm... kan manis bila didengari?

0 comments to 4 jenis cinta untuk kita pilih...

Post a Comment