Masih bermain-main di kotak ingatan ini, saat saya disuruh untuk membentangkan tugasan ketika dalam kelas Master sekitar tahun 2005 yang lalu. Alahai... saya faham BI, tapi masalahnya saya tak yakin nak cakap penuh dalam BI jer...
Maka dengan selambanya, saya pun dengan konfiden la sangat bertanyakan kepada Prof.,
"May I present my assignment in the Malay language", Sir?
Nak tahu apa jawapan Prof. masa tu?
"Nope! This is a master's class. You are compulsory to speak English!"
Baammm! Aduhaiii... seakan satu tembok besar dah jatuh menghempap saya masa tu. Malunya dengan kawan-kawan Tuhan jer yang tahu. Dahlah ramai di kalangan mereka yang memang profesional dari sektor industri... Huaaaa.... Tulunnnn
Maka selepas kejadian yang sungguh memalukan bagi saya ketika itu, saya nekad untuk mencari kelas pemantapan Bahasa Inggeris bagi meningkatkan keyakinan dan kemahiran saya untuk speaking London bak kata orang. Tapi, kalau boleh saya tak nak la macam kelas tuisyen tu.. Instructor di depan, saya di belakang sambil salin nota-nota yang diberikan.. Oh, no! Tak nakkk...Dah lama dah buat kerja tu... dekat 20 tahun dahhh...

Suatu hari saya terdengar kawan-kawan bercerita tentang Toastmasters sebagai salah satu platform untuk meningkatkan keyakinan diri berbahasa Inggeris. Eh, apa tu? Macam toaster jer bunyinya. Tempat borak-borak sambil bakar roti ke? Maka untuk memenuhi keinginan saya yang meluap-luap untuk mengetahui apa ke bendanya Toastmasters tu, saya pun menghadiri satu sesi perjumpaann para ahlinya yang telah diadakan di Kulim Golf & Country Resort.
Terpegun dan terdiam saya seketika... Di dalamnya, saya melihat lebih kurang 20 orang ahlinya berinteraksi sesama sendiri dalam beberapa siri agenda yang telah ditetapkan mereka menggunakan Bahasa Inggeris. Yup, all English! Tidak kira sama ada kita hebat atau kita biasa-biasa ajer.. Just speak English! Salah cakap? Tak mengapa... akan dibetulkan dalam sesi 'evaluation' yang sangat 'constructive' dan positif.
Bila saya diminta untuk perkenalkan diri, dup dap dup dap... Jantung saya berdegup kencang macam lari 100 meter... Padahal nak cakap tentang diri saya jer pun... Ketekunan mereka mendengar setiap butiran percakapan saya sangat menghairankan. Kerana saya rasa BI saya masa tu memang tunggang terbalik. Siap diberikan tepukan gemuruh lagi kerana berani bangun dan cuba bercakap! Hehehehe.. tersipu-sipu saya. Pendek kata di sini tempat paling selamat untuk membuat kesilapan ketika speaking London. Hehehe..

Betul lah kata orang, kalau nak belajar berenang, kenalah turun kolam dan berenang!
Kalau nak belajar main bola sepak, kenalah turun padang dan sepak bola tu!
Dan kalau nak pandai cakap English, kenalah buka mulut dan CAKAP! Barulah tahu di mana silap dan di mana betulnya, tak begitu?
Sekarang, apa yang mampu saya ucapkan ialah... "I'm not scared anymore, to speak English..."
Sejujurnya, Toastmasters bukan sahaja tentang mempelajari Bahasa Inggeris. Bahkan ia lebih daripada itu! Kemahiran pengucapan awam saya sudah semakin baik. Begitu juga dengan kemahiran berkomunikasi sama ada secara santai, spontan mahupun formal di tempat kerja. Perasaan takut-takut sudah dapat digantikan dengan keyakinan yang mantap. Semuanya hasil latihan berterusan di Toastmasters. Sebab itu, 14 tahun saya bersama-sama Toastmasters adalah suatu tempoh yang tidak pernah menjemukan. Bahkan, kini saya mengorak langkah untuk membantu lebih ramai mereka yang ingin keluar daripada ketidakselesaan diri sendiri dalam berkomunikasi dengan khalayak ramai. Kita semua boleh dan berpotensi untuk menjadi lebih baik daripada sekarang. Justeru, saya ingin menyeru agar bangkit dan serlahkan potensi diri anda bersama-sama Toastmasters!
Untuk maklumat lanjut tentang Toastmasters ni, boleh lawati http://www.toastmasters.org. Bagi yang nak cuba-cuba sertai bengkel pengucapan awam yang menawarkan dwibahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, bolehlah hadir di perjumpaan dwi bulanan anjuran Kelab Toastmasters Dwibahasa Pidato Mutiara seperti yang berikut:
Hari:
Sabtu pertama dan kedua setiap bulan
Masa:
10:00 pagi - 12:00 tengah hari
Tempat:
Secara dalam talian melalui aplikasi Zoom
Bahasa Perantaraan:
Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris (pilihan)
Perjumpaan Akan Datang:
8 Mei 2021 (Sabtu)
Berminat untuk hadir? Sila daftar di sini, https://zoom.us/meeting/register/tJcrdeCtpjotE9a00vhKey3xDd1944zq6_Cu
Sekiranya anda dah tak sabar nak belajar kaedah Toastmasters, sila daftar sebagai ahli Toastmasters di sini, https://forms.gle/mqsLeKefyotYeDCdA
Tel/WhatsApp/Emel:
019-4750786/sabbest.my@gmail.com
0 comments to Bagaimana nak cakap Bahasa Inggeris dengan penuh keyakinan? Pengalaman sebenar saya...