Hari ini ialah hari gaji kepada seluruh kakitangan awam Malaysia. Kebiasaannya waktu rehat akan berduyun-duyunlah mereka ini ke bank-bank dan ATM yang berdekatan. Mari kita lihat senario di bawah.
Jam 1.00 petang mula keluar. Ish.. Ramai pula beratur. Lebih kurang 15 minit baru dapat giliran keluarkan wang. Dah keluarkan wang terfikir pula segala bil-bil yang perlu dibayar. Eh, hutang rumah ni dekat situ aje bayar. Pergi kejaplah. Beratur lagi. 15 minit kemudian baru selesai (kadang-kadang melangkaui sejam). Opss... duit tengah ada ni ingat pula bil telefon... Alang-alang dah keluar baik singgah aje... Pergi kejap. Kurang orang.. cantik... Alamak masalah teknikal dekat kaunter pula. 15 minit baru selesai semuanya. Hmmm... mana lagi nak pergi ni. Isk.. Tabung Haji dekat dah ni... Kalau tak simpan sekarang alamatnya hanguslah duit aku... Singgah kejap juga. Alamak ramai pulak... Takpe tunggu kejap je kot... Bagus Tabung Haji ni.. makin laju perkhidmatan kaunter dia... Hmmm ok dah selesai... Isk tak makan lagi la... Bungkus lah. Ok, dah boleh balik. Eh dah pukul berapa ni? Alamak dah pukul 3.45 petang laa... 15 minit baru nak sampai ofis ni... Pecuuutttt!!!!
Pernahkah senario di atas berlaku kepada anda? Tepuk dada tanya ketelusan hati anda. Sejak surat pekeliling berkenaan Kebenaran Meninggalkan Pejabat Dalam Waktu Bekerja di bawah Perintah Am 5 Bab G ditekankan, ramai yang mula gusar tentang urusan utiliti mereka. Bila masa nak keluar ni? Terpaksa keluar kalau tak, tak selesai urusan utiliti. Jika direnung sejenak, pernahkah kita terfikir bagaimana pekerja-pekerja swasta menguruskan urusan utiliti mereka? Adakah mereka juga dibenarkan untuk keluar pada waktu pejabat seperti kita? Hmmm......
Sebenarnya tiada alasan kukuh untuk mengatakan yang kita perlu kebenaran keluar pejabat hanya untuk menyelesaikan urusan utiliti peribadi. Banyak kaedah yang boleh diambil untuk tujuan ini. Salah satu daripadanya ialah melakukan semuanya secara online. Tidak kira sama ada melalui maybank2u, pbebank, cimbclicks, bankislam atau lain-lain perkhidmatan. Semua urusan utiliti boleh diselesaikan melalui perkhidmatan online dengan syarat anda mahu belajar kaedah-kaedahnya.
Percayalah, banyak kebaikannya bila berurusan secara online ni. Antaraya ialah:

- jimat duit minyak
- jimat tenaga
- jimat masa
- orang lain tak tertunggu-tunggu kita di pejabat
- senang hati
- berkat duit gaji kita
- dll - anda tentukan
Apa yang penting lakukannya di waktu rehat juga.
0 comments to Urusan utiliti di waktu pejabat?