Sungguh mudah isi Borang A

Posted by Sabrina On Friday, February 12, 2010 0 comments

Semalam saya telah ke Pejabat Unit Harta Pusaka di Butterworth untuk mengambil Surat Kuasa bagi harta pusaka tinggalan arwah abah. Alhamdulillah, semuanya telah selesai. Permohonan telah dibuat pada bulan 10 tahun 2009 dan surat kuasa telah dikeluarkan pada awal Februari 2010. Lebih kurang 4 bulan sahaja tempohnya. 2 bulan awal dari tempoh yang dijanjikan. Tahniah kepada Unit Harta Pusaka Kecil Butterworth khususnya dan KPTG amnya. Inilah perkhidmatan yang cekap! Sebagai salah seorang kakitangan awam, saya juga tumpang berbangga.

Namun, satu saja silap saya. Semasa permohonan dibuat, saya langsung tak perasan yang nama kedua pada rumah flat tinggalan orang tua ialah nama mak. Arwah mak telah lama meninggalkan kami sejak Mac 2001, 5 tahun sebelum abah dijemput pergi. Dalam sesi perbicaraan, pegawai yang bertugas telah mengarahkan saya untuk membuat permohonan kali kedua tetapi kali ini bagi harta pusaka mak pula.

Barulah saya tahu, bahawa jika ada 2 nama pada satu-satu harta maka ia dikira harta pusaka keduanya jika mereka berdua telah meninggal dunia. Hmm... alamak, satu lagi proses yang sama perlu dilalui...

Untuk proses yang kedua, sudah tidak sesukar kali pertama. Kenapa? Kerana saya sudah tahu prosedurnya dan kali ini tidak perlu lagi bergantung kepada mana-mana agen penulis surat permohonan. Terima kasih juga kepada Portal Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian di http://www.kptg.gov.my/

Portal tersebut telah banyak membantu saya. Semua borang-borang berkaitan telah disediakan dan saya hanya perlu muat turun dan isi. Sampaikan bila pergi berjumpa Pesuruhjaya Sumpah di Butterworth dia pun terkejut.

"Eh, ni hang buat sendiri ka?", tanya PS tu.
"A ah saya buat sendiri la. Sebelum ni kena katok sampai RM50.00. Tu yang buat sendiri tu..."

Demikianlah antara dialog saya dengan PS tersebut. Jadi bagi mereka yang inginkan softcopy borang-borang yang terlibat, sila klik di bawah:

0 comments to Sungguh mudah isi Borang A

Post a Comment