
Sebagai suri rumah yang bekerja sepenuh masa, tidak dapat tidak hari cuti menjadi sama ada hari yang paling produktif atau sebaliknya. Mana tidaknya, produktif di sini bermaksud, sebaik sesudah subuh maka aktiviti rutin di hari minggu adalah membasuh, menyapu, mengelap, mengemas, memasak dan lain-lain.
Saya sendiri, hari cuti kadang-kadang menjadi hari yang paling strategik untuk membalas dendam bagi mendapatkan tidur yang secukupnya... Tetapi, kadang-kadang kalau terlalu diikutkan sangat dengan nafsu untuk tidur, alamat tak siap lah kerja rumah dibuatnya.
Satu hari, suami membawa pulang sejenis Sabun Tahan Mengantuk jenama Aqura. Baru pertama kali saya mendengar perihal sabun ini. Itupun suami yang beritahu. Berat cuma 20 gram dan saiznya hanya sebesar sabun di hotel. Bukan untuk mandi, tetapi bagi elakkan mengantuk, saya cuba gunakannya dengan mencuci di muka.
Hasilnya, menakjubkan! Saya mampu selesaikan kerja-kerja rumah tanpa mengantuk sehingga ke tengahari. Biasanya, kalau saya buat kerja kemudian tiba-tiba rasa mengantuk dan malas-malas terus saya lepak dekat sofa dan akhirnya tertidur... Hihihihi...
Kalau puan-puan nak cuba boleh juga. Klik aje pada imej sabun tersebut. Sabun ni bukan sahaja sesuai untuk suri-suri rumah, bahkan untuk mereka seperti yang berikut juga:
- Pelajar yang mengikuti kelas/kuliah
- Pekerja profesional yang ingin lebih tumpuan
- Pemandu profesional
- Pekerja 3 syif
- Mereka yang selalu tidak tahan mengantuk
- Sebelum mengulangkaji pelajaran
- Sebelum memulakan perjalanan jauh
Bagi ibu-ibu di rumah, bolehlah cuba sabun ni yea. Kalau rajin, boleh buat bisnes sambilan juga sabun ni kan??
0 comments to Sabun Tahan Mengantuk Aqura elak mengantuk di pagi hari...