Bila dah sampai ke tahap perbicaraan, baru saya tahu bahawa sebenarnya urusannya tak susah mana selagi kita memenuhi syarat-syarat dan menyediakan semua dokumen lengkap yang diminta.
Tahukah anda kini harta pusaka kecil yang boleh diuruskan di Unit Harta Pusaka adalah harta pusaka yang kini nilaiannya 2 JUTA ke bawah? Hmmm banyak tu...
Apa yang paling penting ialah si pemohon (biasanya waris yang sulung atau yang terdekat) mesti tahu dan arif dengan semua prosedur yang ada. Dan yang paling penting ialah tahu bagaimana nak mengisi borang-borang yang dikehendaki.
Elakkan meminta pertolongan Juru Isi Borang atau mana-mana pesuruhjaya sumpah yang menyediakan khidmat tersebut. Bukan apa, kosnya sangat tinggi padahal kerja yang dilakukan itu tak seberapa pun. Macam kes saya, setelah 2 tahun arwah abah meninggal, baru saya dapat uruskan pembahagian harta pusakanya. Selagi tak selesai, rasa macam tak aman hidup.
Yang menjadikan kes saya tertangguh adalah kerana saya lambat buat permohonan kerana hilang dokumen penting iaitu surat perjanjian beli rumah. Maka, setelah 2 tahun ke hulu ke hilir mencari dokumen tersebut, akhirnya jumpa juga di bank di mana arwah buat pinjaman dulu. Dek kerana dah letih nak memenatkan diri, maka saya ambil keputusan untuk upah sahaja orang lain isikan. Dan alangkah terkejutnya saya bila dimaklumkan caj semuanya hampir RM50.00!!! Argh...!
Memang tertekan dibuatnya kerana saya bukanlah tak pandai isi borang, cuma dah malas nak fikir banyak-banyak. Salah saya juga... Jadi kepada anda yang akan berurusan kelak pastikan anda isi sahaja borang-borang penting sendiri. Jika tak tahu rujuk Unit Pusaka kecil di tempat anda.
Maklumat lanjut tentang urusan harta pusaka boleh anda dapati di sini, http://www.kptg.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=78&Itemid=57&lang=ms
0 comments to Tak susah rupanya uruskan pembahagian harta pusaka