Tips masakan ayam bakar segera untuk keluarga anda

Posted by Sabrina On Tuesday, February 2, 2010 0 comments
Bagi suri rumah profesional iaitu mereka yang bekerja sepenuh masa pastinya tidak berkesempatan untuk menyediakan menu-menu hebat di rumah. Mana tidaknya, selepas penat bekerja seharian, tentulah rumah menjadi tempat rehat yang paling santai.

Jadi bagi mereka yang teringin menyediakan menu ayam bakar tetapi kurang masa untuk menyediakan bahan-bahannnya, berikut adalah cara mudah yang boleh dilakukan:
  1. Dapatkan ayam mentah yang telah siap di'marinate' di pasaraya-pasaraya besar seperti Giant, TESCO, Carrefour dan lain-lain.
  2. Pastikan juga ayam yang telah siap 'marinate' itu adalah halal.
  3. Balik ke rumah, masukkan ayam tersebut ke dalam ketuhar atau oven pada suhu 200 darjah celcius.
  4. Bakar hingga 45 minit atau hingga masak betul.
  5. Sedia untuk dihidang.

0 comments to Tips masakan ayam bakar segera untuk keluarga anda

Post a Comment