Transfer simpanan ke Tabung Haji melalui Maybank2u

Posted by Sabrina On Monday, February 1, 2010 11 comments

Menunaikan Haji adalah fardhu ke atas umat Islam bagi yang berkemampuan. Maka, memang tidak dapat dinafikan bahawa simpanan dalam Tabung Haji adalah satu kemestian bagi rata-rata umat Islam di Malaysia.

Namun adakalanya bila kita ke Tabung Haji, perkara yang paling merimaskan adalah menunggu. Jika bukan waktu puncak masih dikira selamat. Tetapi bila tiba waktu puncak, memang rimas dibuatnya.

Ada juga rakan-rakan mencadangkan supaya buat potongan gaji bulanan. Bagi saya, selagi boleh cuba elakkan daripada menyusutkan angka-angka pada slip gaji. Jadi cara paling mudah, cepat dan ekonomi adalah membuat transaksi Maybank2u ke Tabung Haji.

Jika selalunya kita menggunakan transaksi pindahan, tetapi bagi membuat pindahan duit terus ke Tabung Haji kita perlu menggunakan transaksi pembayaran bil ('Bill Payment'). Berikut adalah langkah-langkahnya:


Langkah 1: Klik pada Bill Payment








Langkah 2: Klik pada Add Favourite payee








Langkah 3: Pilih Lembaga Tabung Haji




Langkah 4: Masukkan butiran akaun Tabung Haji dan klik Register. Anda juga akan diminta memasukkan nombor tag keselamatan untuk tujuan ini.



Langkah 5: Setelah siap daftar, klik pada Make a payment to a favourite payee







Langkah Akhir: Klik pada Lembaga Tabung Haji bagi akaun yang telah anda daftar tadi.









Selamat mencuba!

11 comments to Transfer simpanan ke Tabung Haji melalui Maybank2u

  1. says:

    musafir jazakallah for hsring. very helpfull ^_^

  1. says:

    Sabrina mudah2an bermanfat utk pelawat semua :)

  1. says:

    Unknown Terima kasih atas perkongsian yang amat berguna ini :)

  1. says:

    nana Terima kasih diatas perkongsian yang sangat berguna dan memudahkan proses menabung ke akaun tabung haji

  1. says:

    fanowles but maybank charge RM1.50 per transaction and Tabung Haji charge you RM1.50 too, if i am not mistaken. its not a free service. so if you have the time to kill, deposits your cash at TH.

  1. says:

    nickmenza terima kasih. dah lama nak buat :)

  1. says:

    Sabrina fanowles, If I'm not mistaken, Maybank will charge at RM1.50 and TH will charge u another RM0.50. Well, for me it's a better choice if compared to the fuel and parking cost :D

Post a Comment