Nilai Wang Akan Berkurang Pada Masa Hadapan (Defisit Nilai)

Posted by Sabrina On Sunday, November 1, 2020 0 comments

Jika kita menyimpan wang tunai RM500 pada tahun 2013, pada tahun 2020 nilai RM500 yang sama tersebut adalah bersamaan dengan RM449.21 sahaja.

Ini bermaksud RM500 dulu tak sama dengan RM500 sekarang. Jika dulu RM500 mungkin dah boleh beli seekor kambing. Namun, pada masa sekarang kambing dah naik harga. Bukan RM500 lagi. Mungkin 7 hingga 8 ratus ringgit seekor.

Duit kita mengalami pengurangan nilai saban tahun disebabkan faktor inflasi. Jadi, kalau nak simpan duit tunai di mana-mana tu, fikir-fikirkan dulu.. Cari alat kewangan yang boleh menggandakan lagi wang kita atau setidak-tidaknya yang boleh mengurangkan impak inflasi. Contohnya kita boleh jadikan RM500 dalam bentuk emas, simpan di ASB, TH dan unit trust atau melabur di pasaran saham dan lain-lain lagi.

Dr. Money Freedom

----------------

Malaysian CPI Inflation Calculator:
https://www.dosm.gov.my/cpi_calc/





0 comments to Nilai Wang Akan Berkurang Pada Masa Hadapan (Defisit Nilai)

Post a Comment