Assalamualaikum n salam sejahtera semua,
Kembali bertemu di arena blog yang telah dijenamakan semula sebagai Dr. Money Freedom (sebelum ini One Stop Sharing).
Lama #TicerSab tak bersiaran di sini. Jadi, hari ni TicerSab nak share pengalaman tentang hutang yang TicerSab buat dah lama, tapi bertangguh-tangguh nak bayar. Padahal boleh jer bayar sket-sket tetiap bulan. Tp, dek kerana mencari alasan yg pelbagai maka terlupa pulak akan hutang yg satu itu 😂.
Pernah dengar pajak gadai ar rahnu? Antara sebab orang buat gadaian ar rahnu ni kerana ingin menambah modal bisnes. Sama laa dengan TicerSab jugak... Pinjam dlm tempoh 6 bulan.. Then bayar upah simpan jerr.. Upah simpan pulak biasanya tak mahal mana.. Kalau tak bayar bulan-bulan pun tak apa lagi. Masih boleh renew surat gadaian (Ini carik penyakit 😅.
Itulah kesilapan TicerSab. Nampak hutang ar rahnu tu sikit. Padahal, bila dah makan tahun asyik bayar upah simpan jerr, banyak jugak jadinya tu.. Belum kira hutang pokok lagi. Bila tersedar n kira2 balik semua yang dah dibayar sebelum ni.. Fuhhh! Baper lama nak abis daaa...??
Makanya, atas kesedaran dan ilmu daripada sifu-sifu kewangan serta ilmu daripada buku-buku pengurusan kewangan yang TicerSab baca, maka berazamlah TicerSab utk bayar dan tutup segera hutang yg sepatutnya dah lama ditutup itu..
Tahu apa rasanya bila dapat tutup satu hutang??
Allahuuu.. Lega rasanya... Aman n nyamannnn...
Korang kena cuba yg ni..
Sikit kerr.. banyak kerr.. wajib bayar hutang yer.. Dan as soon as possible! Barulah hati tenang gitu
...

0 comments to Tutup hutang A.S.A.P!. Sikit kerr.. banyak kerr.. wajib bayar yerr...